_make your days become freedom_

_make your days become freedom_

Tuesday, 22 November 2011

ujian dan doa

ada hamba allah yang rajin berdoa dan sentiasa mengangkat tangannya memohon supaya dijauhkan daripada bala.terkadang doa dan bala yang akan ditimpakan kepadanya itu melayang di langit,mungkin sahaja allah menghilangkan bala itu atau mengurangkannya disebabkan doa hamba tersebut.
     allah SWT telah memberitahu secara tersirat dalam ayat2 yang telah disebutkan:"(iaitu)orang2 yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan,mereka berkata:"sesungguhnya kami adalah kepunyaan allah dan kepada allah jualah kami kembali."
      inilah doa dan penyerahan seorang hamba kepada allah dalam segala hal dan keadaan.jika yang diterima itu baik dia bersyukur dan jika yang diterima itu sebaliknya dia bersabar.Bagaimanapun orang yang beriman mendapat ganjaran daripada allah.Dia akan memberikan rasa tenteram kepada orang yang sedang menerima ujian dan menyempurnakan dengan rahmat-Nya..
     Firman allah dalam surah Al-Baqarah ayat 157 yang bermaksud:"mereka itu ialah orang2 yang dilimpahi dengan berbagai bagai kebaikan dari tuhan mereka serta rahmat-Nya;dan mereka itulah orang2 yang mendapat petunjuk hidayah-Nya."
      sementara orang yang tidak bersabar,dan juga tidak mengambil pelajaran dari musibah itu akan merugi.Apalagi kalau ketidakpsabaran itu disertai dengan tindakan melanggar perintah allah.Allah mencabar orang2 yang tidak bersabar itu supaya keluar dari bumi milik allah ini.

ujian yang diberikan allah

hidup di dunia penuh dengan cubaan dan ujian.kita akan diuji dengan ujian ketakutan terhadap musuh dan orang jahat,mungkin diuji dengan keperitan hidup(kemiskinan),penyakit,kehilangan orang yang disayangi dan sebagainya.
       firman allah dalam surah al-baqarah ayat 155 hingga 156 yang bermaksud:
               "demi sesungguhnya!kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut(kepada musuh)dan (dengan merasai) kelaparan,dan (dengan berlakunya)kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman.dan berilah khabar  gembira kepada orang2 yang bersabar,iaitu orang2 yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan,mereka berkata"sesungguhnya kami adalah kepunyaan allah dan kepada allah jualah kami kembali."
      dan firman allah dalam ayat 157 yang bermaksud:
"mereka itu ialah orang2 yang dilimpahi dengan berbagai bagai kebaikan dari tuhan mereka yang mendapat petunjuk hidayah-Nya...