mengejar impian
salah satu matlamat program angkasawan adalah untuk menyemarakkan minat remaja malaysia terhadap bidang sains dan teknologi,dengan harapan program ini akan dapat mendorong dan mencetus ilham kepada semua rakyat malaysia.rancangan televisyen yang menayangkan pelancaran dan pendaratan kapal angkasa yang membawa angkasawan kita yang pertama disaksikan oleh jutaan rakyat malaysia melalui saluran televisyen astro angkasa 1.
sekembalinya ke tanah air,amus bercadang untuk berkongsi pengalaman perjalanannya ke angkasa lepas dan mendorong rakyat malaysia daripada pelbagai peringkat usia mengejar impian mereka.hasrat yang sudah lama tertanam di sudut hatinya adalah rancangan memupuk minat tentang angkasa lepas dan pengembaraan ke angkasa lepas di kalangan pelajar sekolah.
ini akan menjadi hadiah daripada amus kepada negara dan juga merupakan bukti cinta amus kepada tanah air dan rakyat malaysia.dia berhasrat menjadi pemangkin terhadap perubahan minda remaja malaysia.projek angkasawan perlu dijadikan landasan untuk mendorong lebih ramai rakyat malaysia daripada pelbagai peringkat usia untuk memiliki impian yang akan mencabar dan mendesak mereka berusaha dengan gigih dan mencapai impian tersebut.
No comments:
Post a Comment